GBPAUD : Akan cuba membuat penurunan kembali - 28-08-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

GBPAUDH4.png

Pasangan matawang GBPAUD untuk analisa hari ini menunjukkan kelemahan pada matawang australia selepas adanya berita pada sekitar jam 9:30pagi waktu malaysia tadi.Dari segi trend saya masih melihat bahawa pergerakan besar untuk pasangan ini adalah bullish.Cuma jika anda lihat didalam carta,harga semasa sudah hampir mendekati paras rintangan kukuh diparas 1.82757.Kedudukan indikator MA yang masih memberikan tekanan ke arah atas terhadap harga masih memberikan tanggapan bahawa kenaikan akan masih berlaku cuma kita akan mensasarkan penurunan sementara untuk hari ini.Mengingatkan kepada anda bahawa kita akan memerhatikan pergerakan harga sehingga ke paras rintangan kukuh diparas 1.82757 buat masa sekarang ini.Melanggar paras rintangan ini akan membawa harga semasa naik lagi dan menyentuh rintangan kukuh diparas 1.83323.Sebaliknya jika harga gagal melanggar paras rintangan kukuh ini maka harga semasa akan cuba membuat penurunan ke arah bawah dan akan mensasarkan paras sokongan 1.81270 sebagai paras sokongan kukuh terdekat.

Untuk signal hari ini saya akan cuba meletakkan order sell limit diparas 1.82757.kerugian berada pada tahap 1.83323 dan keuntungan berada pada tahap 1.81270

PASANGAN : GBPAUD 

ENTRY : SELL LIMIT @1.82757

SL : 1.83323

TP : 1.81270

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.