GBPAUD ditekan oleh EMA100 dan EMA50 - analisis - 14-01-2019
Pasangan GBPAUD membuka candle harian dalam keadaan bullish yang nyata dan telah menyentuh EMA50 dan EMA100 yang sekarang ini bercantum membentuk momentum kuat ke arah tekanan keatas paras harga semasa.Setakat artikel ini ditulis harga semasa sedang ditekan keparas 1.78781.Saya menjangkakan bahawa kemungkinan harga akan menurun seketika dan cuba mencari paras sokongan di paras 1.78287 sebelum mencuba untuk mendaki kembali,jika harga berjaya melanggar kedua-dua EMA diatas maka harga akan mendekati paras rintangan terdekat diparas 1.79452.Tekanan yang diberikan juga adalah pada EMA200 di daily yang membentuk satu kepastian bahawa tekanan kearah candle sangat kuat buat masa sekarang.