GBPAUD : masih meneruskan trend bearish - 09-10-2019
Pasangan matawang GBPAUD untuk analisa hari ini dilihat masih lagi meneruskan trend bearish yang jelas dijangka masa empat jam.Ini memberikan petunjuk kepada kita bahawa harga semasa akan cuba untuk membuat penurunan selanjutnya ke arah paras sokongan utama.Penurunan hari ini pula disokong oleh kesemua indikator EMA yang berada diatas paras harga semasa dan menolak harga ke arah bawah.Untuk mengesahkan penurunan untuk hari ini,Saya akan meletakkan sokongan 1.80854 sebagai kawasan pengesahan penurunan.Mengingatkan kepada anda bahawa,melanggar paras sokongan ini akan mengesahkan penurunan harga dan sasaran utama kita untuk hari ini adalah pada paras sokongan utama 1.78944.Sebaliknya kegagalan melanggar paras ini akan menyebabkan kenaikan akan berlaku dan harga semasa akan cuba untuk menguji rintangan terdekat diparas 1.81647 yang diwakili oleh EMA200 buat masa sekarang.
SIGNAL HARI INI :-
PASANGAN : GBPAUD
ENTRY : SELL STOP 1.80854
SL : 1.81647
TP : 1.78944