GBPAUD : Penukaran trend sedang berlaku - 15-11-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

GBPAUDH4.png

Berdasarkan pemerhatian hari ini, harga semasa pada semalam sudah berjaya menyentuh paras rintangan utama mingguan yang terletak pada paras 1.90071 dan melakukan penurunan sejurus selepas sentuhan berlaku. Ini menandakan kegagalan harga semasa untuk meneruskan trend kenaikan harga untuk penghujung minggu ini. Walaupun jika dilihat pada trend yang lebih luas, kita mendapati bahawa harga semasa masih lagi dalam keadaan trend Bullish yang jelas. Namun menyentuh paras rintangan 1.90071 yang menjadi paras tertinggi semenjak 16 Oktober 2019 yang lalu menyebabkan kita lebih yakin untuk mencadangkan penurunan sementara kemungkinan akan berlaku untuk hari ini. Untuk mengesahkan penurunan hari ini, saya akan menunggu harga semasa untuk membuat pelanggaran terhadap sokongan terdekat iaitu di paras 1.89399. Melanggar paras ini akan mengesahkan lagi penurunan harga dan sasaran awal kita adalah pada paras sokongan kukuh harian iaitu pada paras 1.87881 yang di wakili oleh EMA50 sekarang ini.

Signal hari ini

Sell stop 1.89399

Sl : 1.90071

Tp : 1.87881

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.