GBPCAD bergerak tenang diakhir minggu ini - 23-10-2020

Baca artikel ini di laman web FBS

GBPCADH1.png

Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBPCAD pada hari ini di lihat bergerak tenang selepas harga semasa semalam membuat kejatuhan yang teruk selepas gagal untuk menembusi paras rintangan kukuh bulanan di paras 1.72932. Harga semasa sekarang ini didagangkan perlahan di sekitar paras 1.71679 namun berpotensi untuk melanjutkan kejatuhan harian pada hari ini. Namun begitu, kejatuhan yang kami lihat sekarang ini akan hanya bergerak sehingga ke arah sokongan kukuh terdekat yang berada di paras 1.71245. Untuk memungkinkan lanjutan penurunan yang seterusnya, harga semasa perlu membuat penembusan ke arah sokongan tersebut. Jika harga semasa berjaya menembusi paras sokongan tersebut, maka harga semasa akan terus membuat lanjutan penurunan sehingga ke harga terendah 20 Oktober iaitu di paras 1.69655.

SIGNAL

SELL STOP 1.71245

SL: 1.72932

TP: 1.69655

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.