GBPCAD buat penurunan. Zon manakah akan disasarkan kali ini? - 12-08-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBPCAD pada hari ini di lihat terus melakukan penurunan ke arah bawah selepas harga semasa pada minggu lepas gagal untuk melakukan pelanggaran terhadap paras rintangan kukuh bulanan yang berada di paras 1.76589. Harga semasa sekarang ini didagangkan di sekitar paras 1.73082 dan masih lagi melanjutkan penurunan ke arah bawah. Oleh itu, kami menjangkakan bahawa harga semasa akan terus membuat penurunan ke arah bawah dengan sasaran awalnya akan berada di paras sokongan kukuh yang berada di paras 1.71211. Paras sokongan kukuh ini sekarang di wakili oleh keseluruhan indikator EMA.
Signal untuk hari ini
Sell GBPCAD 1.72996
Sl: 1.75093
Tp: 1.71211