GBPCAD cuba tembusi EMA 200, mencari harga terendah 3 februari
Pada pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBPCAD pada hari ini di lihat kekal bergerak di atas sokongan 1.75608 yang sekarang ini di wakili oleh EMA200. Melihat kepada trend semasa yang masih lagi membuat penurunan, kami yakin bahawa harga semasa masih lagi di kuasai oleh pasaran Bearish buat masa sekarang ini. Oleh itu, jika harga semasa berjaya menembusi paras EMA200 ini, kami yakin bahawa penurunan akan terus berlaku pada hari ini. Sasaran utama kami adalah sehingga ke paras sokongan terendah 3 Februari 2021 iaitu di paras 1.73781.
SIGNAL
SELL STOP 1.75608
TP: 1.73781
SL: 1.76667