GBPCAD mencari harga terendah oktober - analisis -12-12-2018
Pasangan gbpcad dilihat masih melakukan penurunan yang sangat ketara dan saya menjangkakan penurunan seterusnya bakal berlaku kepada harga dan harga yang akan dicari terletak pada paras sokongan 1.66590 yang menjadi harga terendah pada bulan oktober.Menyentuh harga akan akan memberi petunjuk sama ada harga akan meneruskan penurunan atau melakukan kenaikan kearah paras rintangan seterusnya yang sekarang ini terletak pada paras 1.68111.Trend masih dilihat dalam keadaan bearish yang jelas,sebarang retracement akan dianggap sementara sahaja kecuali melanggar paras-paras yang telah disebutkan tadi.
julat dagangan : sokongan 1.66590 dan rintangan 1.68111
trend : bearish