GBPCHF dalam cubaan mencari sokongan kukuh - 18-06-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBPCHF pada hari ini dilihat sedang bergerak dalam keadaan yang agak tenang dibawah paras rintangan kukuh 1.19216. Harga semasa masih lagi mengekalkan trend Bearish yang ditunjukkan semenjak minggu lalu. Cuma pergerakan pada hari ini dilihat agak perlahan berbanding pada minggu lalu. Indikator EMA pula sekarang ini berada di atas paras harga semasa memberi petunjuk tekanan Bearish masih lagi releven sehingga sekarang. Oleh itu, kami mencadangkan bahawa penurunan akan terus berlaku pada hari ini. Sasaran awal kami adalah pada paras sokongan kukuh mingguan yang berada di paras 1.18212. Paras ini adalah paras harga terendah pada 29 Mei yang lalu.
Signal untuk hari ini
Sell GBPCHF 1.19051
Sl: 1.19777
Tp: 1.18212