GBPJPY : Dijangka melanggar rintangan harian 140.756 - 12-11-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

GBPJPYDaily.png

Berdasarkan pemerhatian untuk hari ini, saya melihat kenaikan yang berlaku pada semalam menunjukkan bahawa akan ada pergerakan yang lebih agresif untuk pasangan matawang ini. Untuk makluman anda, pilihan raya yang akan berlaku pada 12 Disember ini akan memberi kesan yang sangat besar terhadap matawang GBP. Oleh itu, saya melihat bahawa harga semasa akan membuat kenaikan jangka masa panjang selepas ini sehingga ke pilihan raya yang akan berlaku pada bulan depan. Dari sudut teknikal, saya melihat bahawa harga semasa akan cuba menguji paras rintangan kukuh harian yang masih belum di langgar iaitu di paras 140.756. Membuat pelanggaran terhadap paras rintangan ini akan memberikan momentum yang sangat kuat untuk menyokong kenaikan harga yang dicadangkan. Pelanggaran rintangan ini akan membawa harga semasa ke arah rintangan seterusnya iaitu di paras 143.925. Sebaliknya kegagalan pelanggaran tahap rintangan ini akan membuatkan harga semasa melakukan penurunan ke arah bawah dan akan cuba menguji kembali trendline yang telah di tandakan seperti di dalam carta.

Signal hari ini

Buy stop 140.756

Sl : 137.681

Tp : 143.925

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.