GBPJPY : GBP menguasai pasaran - 20-09-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

GBPJPYDaily.png

Pasangan matawang GBPJPY untuk analisa hari ini menunjukkan penguasaan matawang GBP dalam membantu menolak harga ke arah atas.Kenaikan hampir 900 pips pada bulan ini memberi petunjuk bahawa kekuatan bullish masih lagi akan kekal menguasai pasaran.Oleh itu untuk hari ini saya melihat bahawa kenaikan akan diteruskan tetapi perlu melanggar rintangan kukuh terdekat dahulu iaitu diparas 135.968.Melanggar paras ini akan mengesahkan kenaikan dan sasaran utamanya adalah pada paras rintangan 137.923.Sebaliknya kegagalan melanggar paras ini akan membuatkan harga semasa akan cuba untuk melakukan penurunan.Untuk mengesahkan penurunan harga semasa harus melanggar sokongan terdekat yang berada diparas 134.716.Melanggar apras sokongan ini akan memberi pengesahan penurunan bakal berlaku dan sasaran awal berada pada paras 132.542 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh EMA100.

Untuk analisa hari ini saya akan meletakkan buy stop diparas 135.968 dan mensasarkan keuntungan ke arah rintangan 137.923 manakala kerugian berada diparas 134.716

PASANGAN : GBPJPY

ENTRY : BUY STOP @ 135.968

SL : 134.716

TP : 137.923

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.