GBPJPY kekalkan momentum BULL - 27-01-2021
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBPJPY di lihat masih lagi mengekalkan trend Bullish yang di tunjukkan semenjak bulan Mac 2020 yang lalu. Harga semasa seakrang ini di dagangkan disekitar paras 142.605 dan mendekati paras rintangan kukuh harian yang berada di paras 142.607. Jika harga semasa berjaya menembusi paras rintangan kukuh harian ini, maka harga semasa di jangka akan meneruskan kenaikan harian. Kami akan cuba untuk mensasarkan harga tertinggi bulan Februari 2020 iaitu di paras 144.650 sebagai kawasan keuntungan kami.
SIGNAL
BUY STOP 142.607
TP: 144.650
SL: 141.331