GBPJPY : Masih dalam keadaan sideway - 08-11-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

GBPJPYDaily.png

Hari ini, analisa masih lagi menunjukkan pasangan matawang GBPJPY bergerak agak perlahan dan tenang semenjak pertengahan bulan lalu. Kita masih lagi tidak boleh membuat apa-apa keputusan untuk menentukan pergerakan seterusnya bagi pasangan matawang ini. Walaupun semalam berlakunya berita polisi monetari dari BOE, tetapi kita melihat bahawa kesan berita tersebut sangat kecil terhadap pasangan matawang ini. Berdasarkan carta tersebut, anda masih boleh lihat bahawa momentum bagi pasangan matawang ini masih lagi dalam keadaan Bullish yang jelas dimana harga semasa masih lagi mengekalkan kedudukan di atas paras sokongan 1377.702. Oleh itu, saya akan terus membuat pemerhatian terlebih dahulu bagi pasangan ini dan menunggu sebarang pelanggaran terhadap paras yang disebutkan. Jika harga semasa melanggar paras sokongan 139.305, ini menandakan bahawa harga semasa akan cuba untuk membuat penurunan ke arah bawah dan akan mensasarkan paras sokongan kukuh diparas 137.702. Sebaliknya, jika harga semasa melanggar paras rintangan 140.712 maka harga semasa akan membuat kenaikan dan akan mensasarkan paras rintangan di paras 144.342.

Signal untuk hari ini

SELL STOP 139.305

SL : 140.712

TP : 137.702

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.