GBPJPY masih mengekalkan momentum BEARISH - 27-11-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBPJPY di lihat terus membuat penurunan harga semasa yang telah ditunjukkan semenjak pembukaan Candle hari ini. Harga semasa di lihat telah membuat kejatuhan dua hari berturut-turut termasuk hari ini. Ini memberi petanda awal bahawa Bearish masih mendominasi pasaran dan kita boleh menjangkakan kejatuhan lanjut boleh berlaku untuk hari ini. Oleh itu, buat masa sekarang ini kami akan cuba mensasarkan paras sokongan terdekat EMA200 di paras 138.741. Menembusi paras sokongan ini akan memberi petunjuk utama bahawa lanjutan kejatuhan akan berlaku dan kami akan mensasarkan paras sokongan kukuh harian iaitu di paras 138.291.
SIGNAL
SELL STOP 138.741
TP: 138.291
SL: 139.273