GBPJPY melanggar harga terendah januari - 02-08-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

GBPJPYH4.png

Pasangan matawang GBPJPY untuk analisa pada permulaan bulan ogos ini mengejutkan ramai orang setelah berjaya melanggar paras sokongan kukuh diparas harga 131.668 iaitu harga terendah yang dibuat semenjak januari 2019.Momentum sell juga sangat kuat ketika ini apabila harga semasa berjaya melanggar saluran penurunan harga semasa yang telah ditandakan seperti didalam carta.Indikator MA sekarang ini memberi gambaran yang lebih jelas terhadap penurunan yang berlaku dan buat masa sekarang memberi tekanan kepada harga semasa untuk meneruskan penurunan.Manakala indikator stochcastik pula sedang berada pada paras oversold dan cuba menunjukkan tanda-tanda akan berlaku kenaikan.Sebarang kenaikan buat masa sekarang ini dianggap sementara.Mengingatkan kepada anda bahawa,harga semasa sekarang ini akan cuba membuat kenaikan sementara dan cuba menyentuh paras trendline diatas yang berada diparas 130.512,melakukan retracement pada paras ini memberi pengesahan penurunan harga dan kita akan mensasarkan penurunan ke arah sokongan utama diparas 126.779 sebagai sasaran kita.Paras ini adalah paras terendah 2016.Sebaliknya jika harga semasa setelah menyentuh paras trendline di 130.512 dan melanggarnya,maka harga semasa akan cuba membuat kenaikan dan akan cuba menguji kembali zon rintangan kukuh diparas 131.668

Untuk signal hari ini saya akan cuba meletakkan order sell limit saya diparas 130.512.Saya akan cuba mensasarakan paras sokongan 126.779 sebagai zon keuntungan saya dan akan merisikokan order saya sehingga ke paras rintangan 131.668

PASANGAN : GBPJPY

ENTRY : SELL LIMIT @130.512

SL : 131.668

TP : 126.779

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.