GBPJPY membuat Gap pada pembukaan sesi asia - 27-01-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBP/JPY pada hari ini membuat pembukaan GAP di bawah paras harga penutupan jumaat lalu iaitu disekitar paras semasa 142.389. Gap yang berlaku pada sesi pembukaan asia pada hari ini menunjukkan bahawa harga semasa sekarang ini sedang membuat penurunan trend Bearish yang jelas. Ketika artikel ini di tulis, candle H4 telah pun terbentuk dan saya melihat bahawa kemungkinan akan ada penerusan trend Bearish yang akan berlaku pada hari ini. Oleh itu, jangkaan awal kita adalah untuk harga semasa membuat penurunan dan mensasarkan paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 141.127. Paras ini adalah paras terendah yang berada di sekitar 8 Januari yang lalu.
Signal untuk hari ini
Sell 142.402
Sl: 142.829
Tp: 141.127