GBPJPY : membuka pasaran dengan penurunan - 21-10-2019
Pasangan matawang GBPJPY untuk analisa hari ini menunjukkan pembukaan pasaran harian yang agak perlahan.Dilihat pada pembukaan sesi asia tadi harga semasa membuat gap dan membuat penurunan ke arah bawah dan menyentuh paras sokongan kukuh diparas 139.567.Setelah sentuhan pada paras sokongan,kita dapat lihat kenaikan sedang berlaku sekarang ini akibat dari kegagalan melanggar paras sokongan yang disebutkan.Dilihat pada indikator stochcastik pula kita dapat pastikan bahawa kedudukan pada zon overbought ini akan kekal seperti sebelum ini menandakan kenaikan mendadak boleh berlaku.Oleh itu kita menjangkakan kenaikan akan berlaku dan harga semasa akan cuba untuk menguji paras rintangan kukuh diparas 141.329.Melanggar paras ini akan membawa harga semasa meneruskan kenaikan ke arah rintangan kukuh diparas 144.342.Namun kegagalan melanggar rintangan 141.329 ini akan menyebabkan harga kembali membuat penurunan dan akan menguji semula paras sokongan 139.567
SIGNAL HARI INI
GBPJPY BUY STOP 141.329
SL : 139.567
TP : 144.342