GBPUSD : GBP masih menunjukkan kekuatan - 19-08-2019
Pasangan matawang GBPUSD untuk analisa hari ini masih lagi menunjukkan kekuatan matawang GBP semenjak minggu lepas lagi.Cuma harga masih lagi terhalang dengan adanya rintangan kukuh yang ada pada paras 1.21670.Indikator MA masih lagi menyokong kenaikan yang berlaku pada pasangan ini.Saya melihat walaupun hari ini pergerakan agak tenang tetapi kenaikan untuk menguji paras rintangan yang disebutkan akan berlaku dan kekuatan rintangan ini akan mengagalkan pelanggaran paras ini.Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa berjaya melakukan pelanggaran pada paras rintangan 1.21670 maka harga semasa akan cuba bergerak ke arah rintangan seterusnya iaitu pada paras 1.21822 tetapi sebaliknya jika harga gagal melanggar rintangan ini maka harga akan kembali membuat penurunan dan menguji paras sokongan kukuh yang berada pada paras 1.21419
Untuk signal hari ini,saya akan meletakkan sell limit pada paras 1.21670.Keuntungan yang boleh diambil adalah pada paras 1.21332 manakala risiko kerugian terletak pada paras 1.21822
PASANGAN : GBPUSD
ENTRY : SELL LIMIT @1.21670
SL : 1.21822
TP : 1.21332