GBPUSD masih mampu membuat penerjunan.
Fundamental :
Pound Sterling didagangkan positif pada pembukaan pasaran awal minggu kemarin setelah kejutan pemecatan Menteri Kewangan UK, Kwasi Kwarteng di hujung minggu lalu telah diredakan dengan pelantikan Jeremy Hunt untuk menggalas jawatan tersebut.
Hunt mengumumkan rancangan kerajaan untuk menghapuskan kebanyakan pelan cukai pada 23 September, bertujua untuk menstablikan sistem kewangan di UK.
Dengan situasi penyusutan US dolar ketika sentimen pasaran yang dipulihkan dengan laporan pendapatan korporat, Pound mencatatkan lonjakan nilai ke paras tertinggi 2 minggu.
Namun, pelabur tetap waspada terhadap pergerakan semasa US dolar dengan beberapa faktor yang masih berpotensi mengundang risiko semula dalam pasaran seperti perkembangan serangan Rusia ke atas Ukraine dan penularan Coronavirus di China.
Berdasarakan pemerhatain terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBPUSD pada hari ini dilihat berpotensi akan membuat kenaikan sementara untuk mencari Resistance kukuh 1.11930 - 1.12210 dan di jangka akan membuat penurunan untuk mencari Support terdekat 1.11040 jika harga semasa berjaya menembusi Support tersebut maka harga semasa akan membuat penerjunan lagi untuk menguji Support seterusnya di harga 1.10180