GBPUSD melanggar corak segitiga harga
Pasangan matawang GBPUSD untuk analisa hari ini melihatkan pelanggaran terhadap corak segitiga kenaikan harga dan mengesahkan bahawa akan berlaku penurunan terhadap harga untuk dagangan hari ini.Nampaknya harga masih lagi gagal untuk melanggar trendline diatas yang buat masa sekarang ini banyak juga rintangan yang diwakili oleh indikator MA.Trend masih lagi memberikan indikasi bahawa harga masih lagi dikuasai oleh trend BEARISH yang sangat kuat.Kita menjangkakan selepas pelanggaran ini bahawa harga semasa akan cuba menguji sokongan yang ada pada paras 1.24278.Melanggar paras ini akan menyebabkan harga akan terus bergerak ke arah sokongan kukuh yang berada pada paras sokongan 1.23957.Sebaliknya kegagalan melanggar paras sokongan 1.24278 ini akan menyebabkan harga membuat kenaikan dan akan mencari rintangan kukuh diparas 1.24755 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh MA50.
Untuk dagangan hari ini saya akan cuba meletakkan STOP ORDER saya diparas 1.24278 dan akan mensasarkan untuk mengambil keuntungan diparas 1.23957.Manakala saya akan cuba meminimakan risiko kerugian saya dengan meletakkan stop loss diparas MA50 iaitu diparas 1.24755
PASANGAN : GBPUSD
ENTRY : SELL STOP - 1.24278
SL : 1.24755
TP : 1.23957