GBPUSD : Melanggar sokongan kukuh harian - 11-11-2019
Berdasarkan analisa hari ini, pembukaan candle harian nampaknya di buka dibawah zon rintangan kukuh harian yang sebelum ini menjadi zon sokongan kukuh harian. Melanggar paras zon sokongan ini menjadikan zon ini sekarang ini menjadi zon rintangan kukuh harian dan sekarang ini candlestick harian sedang menguji kembali zon rintangan ini. Saya melihat bahawa tekanan bullish masih lagi menguasai pasaran pada hari ini. Namun begitu, ada kemungkinan bahawa harga semasa akan membuat penurunan sementara dan akan cuba untuk menguji paras sokongan kukuh harian iaitu di paras 1.26597 yang buat masa sekarang diwakili oleh EMA200. Sekarang ini saya melihat bahawa harga semasa akan menguji kembali zon rintangan ini iaitu disekitar paras rintangan 1.27910-1.28139. Kegagalan melanggar paras rintangan ini akan menyebabkan harga semasa akan ditekan ke arah bawah dan menolak harga terus ke arah sokongan kukuh harian iaitu di paras 1.26597.
Signal hari ini
Sell limit 1.28139
Sl : 1.29743
Tp : 1.26597