GBPUSD mencari zon rintangan - analisis - 08-07-2019
Pasangan matawang GBPUSD untuk analisa minggu baru pada hari ini dilihat bergerak tenang diatas zon paras sokongan utama diparas 1.25212-1.25042.Pada minggu lepas harga semasa gagal untuk membuat pelanggaran terhadap zon sokongan utama ini dan ini menyebabkan untuk pembukaan candle jangka masa empat jam hari ini,harga terus membuat kenaikan.Dilihat dari sudut trend,kita dapat rumuskan bahawa trend masih lagi berkekuatan bearish.Indikator MA pula pada sisi lainnya sedang berada diatas paras harga semasa dan menjadi rintangan-rintangan kukuh diatas.Manakala Indikator stochcastik pula hari ini telah pun memberikan isyarat kenaikan ke arah atas.Untuk analisa hari ini kita akan cuba mensasarkan paras rintangan kukuh 1.25582-1.25803 sebagai kawasan sasaran utama.
Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa berjaya mencapai dan memasuki zon rintangan 1.25582-1.25803 ini maka harga akan cuba memberikan isyarat bahawa jika harga berjaya melanggar zon ini maka harga akan terus membuat kenaikan dan mencari paras-paras rintangan kukuh yang masing-masing diwakili oleh MA100,200,dan 50.sentuhan pertama adalah pada paras 1.26031 yang buat masa sekarang diwakili oleh MA50,melanggar MA ini akan membawa harga menaik lagi dan menyentuh MA100 diparas 1.26348 dan akhir sekali jika MA100 juga dilanggar maka MA200 iaitu rintangan utama minggu ini akan menjadi buruan iaitu disekitar paras 1.26874.Sebaliknya jika harga gagal melanggar zon rintangan kukuh ini,maka harga akan kembali membuat penurunan dan mendekati kembali zon sokongan utama diparas 1.25212-1.25042
julat dagangan untuk minggu ini adalah sokongan 1.25042 dan rintangan 1.25803
trend : bullish