GBPUSD : Meneruskan kenaikan ke arah rintangan utama harian - 05-12-2019
Berdasarkan analisa pada hari ini, harga semasa masih lagi menunjukkan kenaikan sedang berlaku pada pembukaan candle harian pada hari ini. Harga semasa pada semalam telah berjaya melanggar paras rintangan kukuh harian semalam iaitu di paras 1.29726. Pelanggaran pada tahap rintangan ini mengesahkan kenaikan yang kita akan cadangkan pada hari ini. Melihat pada trend pula, trend besar masih lagi menunjukkan trend Bullish masih lagi menguasai pasaran. Oleh itu, hari ini harga semasa dijangka membuat kenaikan sehingga ke paras rintangan utama untuk hari ini iaitu pada paras 1.33814. Paras rintangan yang dicadangkan pada hari ini adalah paras harga tertinggi semenjak 13 Mac 2019 yang lalu
Signal untuk hari ini
Buy @1.31134
Sl : 1.26875
Tp: 1.33814