GBPUSD tersekat dalam corak segitiga - 04-09-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang GBPUSD pada hari ini di lihat terperangkap diantara corak segitiga penurunan harga. Jika di lihat pada trend semasa, anda dapat saksikan penurunan sedang berlaku semenjak awal September lagi yang memberitahu kita bahawa trend Bearish masih lagi menguasai pasaran. Namun begitu, pergerakan yang agak tenang hari ini adalah disebabkan berita NFP yang akan dikeluarkan pada malam ini. Oleh itu, kami menjangkakan penurunan boleh berlaku. Namun harga semasa perlu membuat pelanggaran ke arah paras sokongan kukuh harian di paras 1.32499. Menembusi paras sokongan ini akan membawa harga semasa ke arah harga terendah 27 Ogos iaitu di paras 1.31783.
Signal untuk hari ini
Sell stop 1.32499
Sl: 1.33087
Tp: 1.31783