GBPUSD teruskan penurunan, dalam proses melawat EMA100
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa pada pasangan matawang GBPUSD pada hari ini di lihat terus mengekalkan trend penurunan selepas sebelum ini harga semasa di lihat telah berjaya membuat penembusan ke atas garis trend yang telah di tandakan seperti di dalam carta. Ini menandakan bahawa trend Bearish telah menunjukkan taringnya pada minggu ini. Namun pergerakan masih lagi agak terhad untuk membuat trend Bearish secara sepenuhnya. Oleh itu, pada hari ini, kami akan cuba mensasarkan harga semasa untuk membuat penurunan sehingga ke paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 1.36160. Menembusi paras sokongan ini akan memberi nafas baru untuk harga semasa meneruskan perjalanan trend hariannya.
signal
Sell GBPUSD 1.37037
TP: 1.36160
SL: 1.38778