Gelombang kenaikan terus berlaku hari ini - 22-01-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa di pasangan matawang USD/CHF terus membuat gelombang kenaikan setelah pada minggu lalu harga semasa telah membuat satu lagi sokongan baru di paras 0.96386. Akibat pembentukan sokongan baru ini, harga semasa sekarang ini di tolak ke arah atas dan jika anda lihat pada carta, harga semasa telah membuat pelanggaran terhadap paras rintangan kukuh yang di wakili oleh EMA50. Sekarang ini harga semasa sedang meneruskan kenaikan dan jangkaan awal kita adalah untuk harga semasa mencari paras rintangan kukuh terdekat yang sekarang ini di wakili oleh EMA200. Paras tersebut adalah paras rintangan 0.97577. Melanggar paras ini akan terus memberi lanjutan kenaikan kepada harga semasa dan akan membawa harga semasa ke arah rintangan utama mingguan di paras 0.98300. Namun kegagalan membuat pelanggaran pula akan membawa harga semasa turun ke arah bawah dan kembali menguji sokongan kukuh di paras 0.96386.
Signal untuk hari ini
Sell limit 0.97577
Sl: 0.98300
Tp: 0.96386