Harga semasa masih menguji EMA 200 - 19-06-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang EURJPY di lihat masih mengekalkan trend dan momentum Bearish yang telah ditunjukkan semenjak awal Jun yang lalu. Namun, harga semasa pada hari ini tersekat diatas paras sokongan kukuh harian iaitu di paras 119.3743 yang sekarang ini di wakili oleh EMA200. Harga semasa masih lagi gagal menembusi paras sokongan ini sehingga sekarang. Walaupun begitu, trend semasa yang masih lagi Bearish memberi dorongan kepada kami untuk menjangkakan lanjutan penurunan boleh berlaku pada hari ini. Oleh itu, jika harga semasa membuat pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh di paras 119.743, maka harga semasa akan terus membuat junaman dengan sasaran awalnya berada pada paras sokongan 117.043. Paras ini adalah paras harga terendah pada 22 Mei 2020.
Signal untuk hari ini
Sell stop 119.743
Sl: 120.335
Tp: 117.043