Kelemahan harga minyak memberi tekanan kepada matawang USD/CAD - 09-03-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USD/CAD di lihat membuat GAP yang sangat besar iaitu sekitar 165Pips. Ini adalah akibat daripada tekanan selepas harga Minyak telah jatuh sekitar paras $29 setong. Canada adalah antara sebahagian pengeluar minyak dunia yang terkesan dengan berita seperti ini. Jika anda lihat pada carta di atas, harga semasa telah membuat penurunan kembali selepas gagal untuk membuat lanjutan kenaikan ke arah 1.37216. Oleh itu, kami menjangkakan akan ada penurunan sementara untuk cubaan menutup gap untuk hari ini. Sasaran awal penurunan kita berada di sekitar paras 1.34558. Membuat pelanggaran terhadap paras ini akan menyebabkan lanjutan penurunan berlaku sehingga ke zon terendah harga di sekitar paras 1.34238.
Signal untuk hari ini
Sell USD/CAD 1.36256
Sl: 1.37216
Tp: 1.34558