Kelemahan USD beri peluang pada CAD - 27-07-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USDCAD pada hari ini dilihat terus melakukan junaman ke arah sokongan kukuh mingguan yang terletak apda paras 1.33586. Harga semasa pada minggu lepas di lihat terus melakukan penurunan ke arah bawah dan menutup Candle pada hari jumaat sedikit hampir dari paras sokongan yang telah disebutkan tadi. Trend semasa pada minggu ini di lihat masih lagi kekal dominan dalam keadaan Bearish yang menguatkan lagi analisa kita untuk menjangkakan penurunan. Harga semasa sekarang ini didagangkan disekitar paras 1.33830 dan sedang berusaha mendekati paras sokongan yang berada di bawahnya. Membuat pelanggaran terhadap paras sokongan tersebut, maka harga semasa akan terus membuat junaman dengan mensasarkan paras sokongan terendah Februari 2020 iaitu di paras 1.32108 sebagai kawasan sasarannya.
Signal untuk hari ini
Sell stop 1.33586
Sl: 1.34999
Tp: 1.32108