NZDCAD : mencari harga tertinggi 15 ogos - 20-08-2019
Pasangan matawang NZDCAD untuk analisa hari ini menunjukkan kekuatan BULLISH pada pergerakan candlenya hari ini.Saya melihat bahawa pergerakan hari ini lebih kepada untuk harga melengkapkan sentuhan keatas paras harga tertinggi 15 ogos iaitu disekitar paras rintangan utama 0.85966,Mengingatkan kepada anda bahawa,halangan pertama yang perlu dilalui oleh pasangan ini adalah pada paras 0.85639 yang buat masa sekarang ini diwakili oleh EMA200.Melanggar paras ini akan membawa harga ke arah rintangan seterusnya diparas yang kita sasarkan iaitu pada paras 0.85966.Sebaliknya jika harga semasa gagal melanggar paras EMA200 ini maka harga semasa akan cuba membuat penurunan dan sasaran sokongan terdekat yang bakal dilawati adalah pada paras 0.85353.
Untuk signal hari ini saya akan meletakkan buy stop saya diparas 0.85639 dan akan mensasarkan keuntungan diparas 0.85966.Manakala kerugian yang saya akan ambil berada pada paras 0.85353
PASANGAN : NZDCAD
ENTRY : BUY STOP @0.85639
SL : 0.85353
TP : 0.85966