NZDCAD : meneruskan momentum bearish - 08-08-2019

Baca artikel ini di laman web FBS

NZDCADH1.png

Pasangan matawang NZDCAD untuk analisa hari ini menunjukkan masih ada kekuatan BEARISH kepada pasangan ini.Untuk hari ini saya melihat bahawa penurunan mungkin boleh berlaku sehingga ke paras harga terendah minggu ini iaitu diparas 0.85146.Menyokong kenyataan ini adalah indikator MA yang sekarang ini berada diatas paras harga semasa dan menolak harga ke arah bawah.Mengingatkan kepada anda bahawa jangkaan pertama kita adalah untuk harga semasa turun ke arah sokongan terdekat iaitu harga terendah minggu ini diparas 0.85146.Melanggar paras ini akan membawa harga semasa turun dengan lebih lagi dengan mensasarkan sokogan utama kita minggu ini iaitu diparas 0.83263 iaitu paras terendah september 2018.Sebaliknya jika harga gagal melanggar paras sokongan ini maka harga akan cuba membuat kenaikan semula dan akan mensasarkan rintangan kukuh diparas 0.86123 sebagai kawasan sasaran untuk hari ini

Untuk signal hari ini saya akan mencari SELL di harga 0.85693 manakala akan mensasarkan keuntungan diparas 0.85146.Kerugian yang boleh diambil adalah pada paras 0.86123

PASANGAN : NZDCAD

ENTRY : SELL @0.85693

SL : 0.86123

TP : 0.85146

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.