NZDJPY : Berhati-hati dikawasan gap - 27-08-2019
Pasangan NZDJPY untuk analisa hari ini menunjukkan pergerakan menurun yang agak ketara sekarang ini semenjak pembukaan dagangan sesi asia pagi tadi.Walaupun begitu saya masih akan meletakkan langkah berjaga-jaga disekitar kawasan pembukaan gap semalam kerana kemungkinan terjadi pull-back dikawasan ini agak besar.Jadi untuk langkah berjaga-jaga saya akan cuba untuk terus meletakkan langkah memerhati sehingga harga semasa mencapai paras sokongan kukuh diparas 67.030.Mengingatkan kepada anda bahawa melanggar zon sokongan ini akan menyebabkan harga semasa terus menurun dan akan melawat sokongan utama diparas 66.313.Sebaliknya kegagalan melanggar paras sokongan tersebut akan menyebabkan harga semasa membuat kenaikan semula dan akan mencari rintangan dikawasan 67.243 dan 67.403 sebagai kawasan sentuhan rintangan pertama
Untuk signal hari ini saya akan cuba meletakkan sell stop diparas 67.030.keuntungan saya berada pada paras 66.313 manakala kerugian saya berada pada paras 67.403
PASANGAN : NZDJPY
ENTRY : SELL STOP @67.030
SL : 67.403
TP : 66.313