NZDJPY memasuki zon psikologi rintangan - 05-06-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang NZDJPY pada hari ini di lihat terus melakukan kenaikan ke arah atas. Harga semasa sebelum ini telah berjaya membuat pelanggaran terhadap paras rintangan rendah sebelum ini di paras 70.006 yang sekarang ini membentuk sokongan terdekat bagi harga semasa. Trend semasa masih lagi mengekalkan momentum Bullish yang ditunjukkan semenjak dari pertengahan bulan Mac yang lalu. Oleh itu, kami merasakan harga semasa akan cuba menguji zon psikologi rintangan yang berada di paras 71.240. Bagi mengesahkan kenaikan seterusnya, harga semasa perlu membuat pelanggaran terhadap paras rintangan ini. Membuat pelanggaran terhadap paras rintangan ini akan menyebabkan kenaikan akan berlaku dan kemungkinan akan membolehkan harga semasa mensasarkan paras rintangan utama bulanan yang berada di paras 73.297. Paras ini adalah paras tertinggi pada Disember 2019.
Signal untuk hari ini
Buy stop 71.240
Sl: 70.006
Tp: 73.297