NZDJPY mengekalkan trend bearish
Pasangan matawang NZDJPY untuk analisa hari ini melihatkan kekuatan trend bearish masih lagi berlaku untuk pasangan matawang ini selepas harga semasa mengesahkan penurunan hari ini dengan melanggar paras sokongan kukuh diparas 72.216 yang diwakili oleh mA200.Pelanggaran ini menunjukkan bahawa penerusan trend bearish boleh berlaku.Indikator MA sekarang ini berada diatas paras harga semasa menunjukkan kekuatan penurunan,manakala indikator stochcastik pula sudah pun memasuki zon oversold buat masa sekarang ini.Saya menjangkakan bahawa harga semasa akan cuba membuat penurunan ke arah harga terendah 10 JULAI 2019 iaitu diparas 71.599.Kenaikan sementara boleh berlaku sebelum adanya penerusan penurunan.Kenaikan dijangka akan menguji kembali MA200 diparas 72.216.Kegagalan melanggar paras ini akan mengesahkan analisa kita bahawa akan ada penurunan harga untuk hari ini.
Untuk analisa hari ini saya akan meletak kan position SELL melihatkan kepada analisa yang telah dibuat seperti penerangan diatas.Saya akan meletakkan risiko saya diparas 72.216 dan akan mengambil keuntungan diparas 71.599 sebgaai zon keuntungan saya.
PASANGAN : NZDJPY
ENTRY : SELL
SL : 72.216
TP : 71.599