Era Pasca-Boris di UK Besar Maknanya Untuk GBP
“Saya mahu anda tahu betapa sedihnya saya hendak melepaskan pekerjaan yang terbaik di dunia ini,” – ujar Boris Johnson di hadapan paparazi dan rakan-rakan sekerjanya sebelum meninggalkan kerusi Perdana Menteri UK. Beliau menyandang jawatan itu selama tiga tahun selepas Theresa May berundur pada tahun 2019 lantaran dari perbalahan polemik Brexit. Perubahan pada skala sedemikian jarang dilihat di Eropah, jadi adalah lebih bijak untuk kita cerakinkan keadaan tersebut.
Mengapa Boris Johnson melepaskan jawatan tersebut?
Semuanya bermula dengan undi tidak percaya pada awal bulan Jun. Parti Konservatif UK (Tory) mengkritik Johnson kerana "dilihat tidak cukup cekap untuk memimpin," memulakan pergolakan paling yang paling signifikan dalam sejarah kontemporari Britain. Selain itu, Johnson juga telah menganjurkan satu pesta semasa pandemik Covid-19, yang sama sekali tidak boleh diterima untuk seorang Perdana Menteri.
Jika Tory berjaya pada waktu itu, Boris sudah terpaksa mengangkat kaki terlebih awal lagi. Begini cara proses tersebut berfungsi:
Sumber: BBC
Bagaimanapun, Encik Johnson menerima sokongan 211 daripada 359 ahli Dewan Rakyat (dewan bawah parlimen UK). Keputusan ini bermakna 59% anggota dewan (Ahli Parlimen) telah menyokong Encik Johnson.
Namun, kisah tersebut tidak habis di situ. Satu lagi masalah baru bagi Boris bermula apabila dia mengupah Chris Pincher sebagai timbalan penyelaras untuk faksi parlimen. Terdahulu, Pinches dituduh melakukan gangguan seksual, dan Johnson tahu mengenainya.
Selepas pencalonan Chris, dalam tempoh 24 jam pergolakan politik pun bermula. Lebih 40 peletakan jawatan berlaku dalam kerajaan sebelum Johnson memutuskan untuk berputus asa dan meninggalkan kerusi Perdana Menteri. Orang ramai menyokong keputusan tersebut: Twitter dipenuhi dengan sorak sorai dan kegembiraan menjelang pemilihan PM akan datang pada musim luruh.
Encik Boris dan Tory secara ringkas
Boris Johnson telah menyandang jawatan Perdana Menteri UK dan ketua parti konservatif selama tiga tahun. The Tories pula adalah parti terkemuka di UK, dengan Liberal Democrats sebagai saingannya yang paling utama. Biasanya, pilihanraya di UK perlu dilakukan setiap lima tahun, atau kurang daripada itu. Melainkan jika pilihanraya diadakan lebih awal, pilihan raya seterusnya tidak perlu diadakan sehingga Januari 2025.
Boris Johnson boleh mengadakan pilihanraya awal jika dia mahu (undang-undang membenarkan ini), tetapi kini Encik Johnson telah meletakkan jawatan. Selepas parti konservatif memilih seorang pemimpin baharu, beliau boleh mengadakan pilihanraya awal jika beliau mahu.
Pound berasa lega dan gembira dengan berita ini
Pound Sterling sedang berarak naik pada masa artikel ini ditulis, biarpun sukar untuk memastikan berapa banyak pergerakan itu terkait dengan berita politik domestik atau pasaran global yang secara umumnya dilihat membantu.
Pasangan ini membentuk capahan berganda (double divergence) di RSI. Selain itu, kita sedang berada hampir dengan garisan trend sokongan. Kami melihat prospek pound British sebagai bullish. Matawang itu mampu naik ke aras rintangan 1.2324. Ia juga boleh melonjak lebih tinggi jika calon penyandang PM yang seterusnya disambut dengan kegembiraan oleh para peserta pasaran.
Carta harian GBPUSD
Rintangan: 1.2324, 1.2700, 1.3000
Sokongan: 1.1900, 1.1740
Anda mahu menerima berita terkini GBP Secara Langsung? Langgan Saluran Telegram @FBSAnalytics di mana saya menyiarkan lebih banyak idea perdagangan harian!