USD/CAD dijangka meneruskan penurunan akibat pengukuhan harga minyak - 08-06-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USD/CAD di lihat telah pun membuat pembukaan Candle baru dibawah paras sokongan kukuh 1.34242. Pada minggu lepas, harga semasa meneruskan junaman dan berjaya membuat penutupan disekitar sokongan yang mewakili Gap yang berlaku pada bulan Mac 2020. Oleh itu, pada analisis kali ini, kami menjangkakan bahawa harga semasa akan cuba untuk meneruskan penurunan ke arah bawah dengan mencari harga terendah Februari 2020 pula sebagai zon psikologi. Walaupun sekarang ini harga semasa sedang membuat Candle Bullish dan menguji rintangan terdekatnya, kami masih lagi yakin dengan penurunan pasangan matawang ini. Disokong pula oleh kenaikan harga minyak yang sedang mencecah ke paras $40/tong pada pembukaan minggu ini. Oleh itu, sasaran kita yang seterusnya berada pada paras 1.32087 sebagai sasaran utama kita pada minggu ini.
Signal untuk hari ini
Sell USDCAD 1.34242
Sl: 1.35735
Tp: 1.32087