USD/CHF masih bertenang di atas sokongan 0.95958 - 29-05-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USDCHF pada hari ini di lihat bergerak dalam keadaan yang agak tenang memandangkan trend semasa masih dalam keadaan Sideway/mendatar. Harga semasa sekarang ini di dagangkan disekitar paras 0.96277 dan menunjukkan tanda-tanda untuk meneruskan penurunan pada hari ini. Namun, untuk mengesahkan lanjutan trend pada hari ini, harga semasa perlu membuat pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh yang ada sekarang ini yang di wakili oleh paras 0.95958. Jika harga semasa berjaya membuat pelanggaran terhadap paras sokongan ini, maka harga semasa akan meneruskan trend penurunan dengan mensasarkan paras sokongan kukuh mingguan yang berada di sekitar paras 0.95090. Sebaliknya, jika harga semasa gagal menguji dan membuat pelanggaran terhadap paras sokongan kukuh yang disebutkan tadi, maka harga semasa akan membuat kenaikan ke arah atas dan mencari rintangan terdekat yang berada di sekitar paras 0.96888.
Signal untuk hari ini
Sell stop @1.95958
Sl: 0.96888
Tp: 0.95090