USD/CHF tersekat diantara EMA200 dan EMA100. Kemana seterusnya? 16-04-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USD/CHF menunjukkan pergerakan yang agak sedikit tenang walaupun di lihat sedang membuat penurunan sekarang ini. Harga semasa sekarang ini di dagangkan sekitar paras 0.96564 dan tersekat diantara dua Indikator EMA yang membentuk sokongan dan rintangan kukuh. Untuk menentukan penurunan harga pada hari ini, harga semasa perlu mencuba untuk membuat pelanggaran terhadap kesemua sokongan kukuh iaitu EMA50 dan EMA100. Membuat pelanggaran terhadap semua sokongan ini akan membantu kita untuk menentukan hala tuju pasaran yang seterusnya. Bagi mengesahkan penurunan, harga semasa perlu membuat pelanggaran terhadap paras sokongan 0.96360. Membuat pelanggaran ini menandakan penurunan akan berlaku. Sasaran utama kita pada hari ini terletak pada paras 0.95980.
Signal untuk hari ini
Sell stop 0.96360
Sl: 0.96779
Tp: 0.95980