USD/CHF terus membuat junaman ke arah MA50 - 21-02-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USD/CHF pada hari ini di lihat masih lagi meneruskan penurunan dan sekali lagi membuat ujian ke arah sokongan kukuh di paras 0.98249. Sebelum ini, harga semasa telah pun membuat ujian ke arah sokongan tersebut namun gagal untuk membuat pelanggaran dan sekarang ini harga semasa sekali membuat percubaan terhadap rintangan tersebut. Kegagalan membuat pelanggaran terhadap rintangan 0.98503 menjadi penyumbang utama kepada penurunan harga semasa pada hari ini. Oleh itu, saya menjangkakan harga semasa akan cuba meneruskan penurunan dan mensasarkan paras sokongan terdekat di paras 0.98055. Paras ini sekarang ini di wakili oleh inidikator MA50. Menyentuh dan membuat pelanggaran pada MA50 ini akan menjadikan harga semasa meneruskan lanjutan penurunan dan akan cuba mensasarkan paras seterusnya di sekitar 0.97805 iaitu MA100.
Signal untuk hari ini
Sell 0.98249
Sl: 0.98503
Tp: 0.98055