USD/JPY dalam cubaan membuat kenaikan - 17-04-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USD/JPY pada hari ini menunjukkan kegagalannya untuk membuat pelanggaran terhadap garis trend yang telah ditandakan seperti didalam carta diatas. Trend semasa masih lagi menunjukkan kenaikan boleh berlaku untuk hari ini walaupun ada daya tekanan yang kuat dari indikator EMA50 yang membentuk rintangan kukuh buat masa sekarang. Oleh itu, kami mengambil langkah berhati-hati dan akan terus memerhatikan pasangan matawang ini buat masa sekarang. Jika harga semasa membuat pelanggaran terhadap paras rintangna kukuh 107.948 maka, harga semasa akan membuat kenaikan dengan sasaran awalnya berada pada paras 108.285.
trend semasa - Neutral