USDCAD berpotensi membuat kejatuhan mingguan - 14-09-2020
Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, harga semasa pada pasangan matawang USDCAD di lihat masih lagi bergerak tenang di sekitar paras 1.31627. Pada minggu lepas, semenjak pembukaan Candle pada hari isnin, harga semasa bergerak dalam keadaan tenang dan mendatar tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk membuat trend dalam jangka masa harian. Pada minggu ini pula, Candle pada hari isnin melihatkan pergerakan yang sama namun di lihat berpotensi untuk membuat kejatuhan ke arah bawah. Oleh itu, kami meletakkan penanda aras EMA200 sebagai kawasan pengesahan trend. Jika harga semasa membuat penurunan dan menembusi sokongan 1.31484, maka harga semasa akan mengesahkan trend kejatuhan harian. Sasaran awal kami terletak disekitar paras sokongan kukuh harian yang berada di sekitar paras 1.31102.
Signal untuk hari ini
Sell stop 1.31484
Sl: 1.31924
Tp: 1.31102