USDCAD dalam keadaan sideways - analisis - 6-11-2018
Pasangan USDCAD hari ini masih terlihat sideways di jangka masa empat jam.di jangka masa satu jam pula kita dapat melihat bahawa harga telah menyentuh rintangan kecil di paras 1.31142 dan sekarang ini sedang cuba untuk turun dan jika harga berjaya melanggar EMA100 yang sekarang ini menunggu dibawah itu maka harga akan terus menjunam dan menyentuh EMA200 dan EMA50 yang sekarang ini menjadi sokongan kukuh terdekat.Mengingatkan anda bahawa jika harga tidak berjaya melanggar EMA100 maka kemungkinan harga akan menaik semula dan menyentuh trendline diatas.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.30877 dan rintangan 1.31142
trend untuk hari ini : sideways