USDCAD dibawah tekanan garis trend - 06-07-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USDCAD pada pembukaan candle awal minggu ini menunjukkan kecenderungan membuat lanjutan penurunan. Pada minggu lepas, kita dapat saksikan yang harga semasa membuat penurunan ke arah bawah walaupun selepas data NFP menunjukkan data positif. Jika anda perhatikan pada carta di atas, harga semasa terus menerus gagal untuk menembusi paras rintangan kukuh harian yang telah ditandakan sebelum ini. Oleh itu, kami merasakan bahawa harga semasa akan terus membuat penurunan pada hari ini. Sasaran awal yang dijangkakan adalah sehingga ke paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 1.34889.
Signal untuk hari ini
Sell USDCAD 1.35358
Sl: 1.36074
Tp: 1.34889