USDCAD dijangka kembali melakukan penurunan - 21-09-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USDCAD pada pembukaan Candle pada minggu ini melihatkan kegagalan harga semasa untuk menembusi paras rintangan kukuh harian yang berada di paras 1.32120. Harga semasa pada hari ini melihatkan penurunan harian yang agak jelas akibat tekanan dari EMA200 yang membentuk rintangan kukuh terdekat. Trend semasa masih mencadangkan penurunan boleh berlaku walaupun pergerakan semenjak 10 September lalu menunjukkan pergerakan mendatar untuk pasangan matawang ini. Untuk mengesahkan jangkaan kami pada minggu ini, kami telah meletakkan penanda aras yang signifikan iaitu di paras 1.31426. Jika harga semasa berjaya menembusi paras sokognan ini, maka harga semasa akan terus membuat penurunan ke arah bawah dengan sasaran umum kami terletak pada paras sokongan 1.30470.
Signal untuk hari ini
Sell stop 1.31426
Sl: 1.32120
Tp: 1.30470