USDCAD dijangka membuat trend Bearish - 05-10-2020
Berdasarkan pemerhatian pada pembukaan minggu ini, kami mendapati harga semasa pada pasangan matawang USDCAD masih mengekalkan trend Bearish yang telah ditunjukkan pada pengakhiran minggu lepas. Harga semasa sekarang ini didagangkan disekitar paras 1.32761 dan terus membuat penurunan harian. Dari sudut trend, kami agak yakin bahawa harga semasa akan mengekalkan trend penurunan atau Bearish sepanjang minggu ini namun, harga semasa perlu menembusi paras sokongan terakhir terlebih dahulu sebelum membuat lanjutan penurunan. Paras sokongan tersebut sekarang ini berada di paras 1.32706 dan diwakili oleh EMA200. Jika penembusan berlaku, sasaran utama kami adalah sehingga ke paras sokongan kukuh harian yang berada di paras 1.32313.
Signal untuk hari ini
Sell stop 1.32706
Sl: 1.33227
Tp: 1.32313