USDCAD dijangka menembusi EMA200 - 01-02-2021
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USDCAD pada hari ini di lihat sedang melakukan penurunan dan mengekalkan trend Bearish yang telah di tunjukkan semenjak minggu lalu lagi. Harga seamsa sekarang ini di dagangkan di sekitar paras 1.27656 dan di jangka akan cuba menguji paras sokongan kukuh harian yang terletak di paras 1.27574. Jika harga semasa berjaya menembusi paras sokongan ini, maka harga semasa akan terus membuat lanjutan penurunan pada hari ini. Kami akan cuba mensasarkan keuntungan harian yang akan berada di paras sokongan kukuh 1.26853.
SIGNAL
SELL STOP 1.27574
TP: 1.26853
SL: 1.27912