USDCAD dijangka terus membuat kenaikan - 07-09-2020
Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USDCAD pada hari ini di lihat sedang melakukan kenaikan ke arah atas apabila sebelum ini harga semasa gagal untuk menembusi paras sokongan kukuh harian yang ditandakan di paras 1.30444. Ini juga adalah kerana kekuatan US Dollar sebelum ini yang menunjukkan kekuatan data gaji bukan perladangan dan data pengangguran yang kembali mengukuh. Oleh itu, untuk hari ini, jika harga semasa ingin membuat kenaikan, kami akan meletakkan penanda aras di sekitar paras rintangan 1.31028 sebagai kawasan rintangan. Rintangan ini di wakili oleh EMA200 sekarang ini. Membuat pelanggaran terhadap paras rintangan ini akan menyebabkan kenaikan berlaku dan sasaran utama hari ini berada pada paras rintangan 1.31586.
Signal untuk hari ini
Buy stop 1.31028
Sl: 1.30444
Tp: 1.31586