USDCAD ditekan oleh EMA200 - analisis - 12-02-2019
Pasangan USDCAD hari ini dilihat cuba menaik dan hampir menyentuh EMA200 diatas paras 1.33200 sebelum gagal dan melakukan retracement pada kawasan tersebut.Dan sekarang ini candle pada timeframe H4 menunjukkan bahawa penurunan sedang berlaku dan jangkaan saya adalah untuk harga turun dan mendekati paras sokongan terdekat iaitu diaras 1.32389,Mendekati paras ini bererti harga telah pun melanggar trendline yang ditandakan dan kemungkinan untuk harga ditekan kebawah lagi adalah besar.Mengingatkan anda bahawa kegagalan melanggar paras EMA100 ini akan membawa harga naik keatas kembali untuk membuat percubaan semula untuk melanggar paras EMA200 dan kejayaan melanggar paras ini akan membawa harga ke arah rintangan terdekat diparas 1.33623.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.32389 dan rintangan 1.33623
trend dijangka untuk hari ini : bearish