USDCAD kembali menguji harga sokongan 1.27532 - 08-02-2021
Pada pemerhatian hari ini, harga semasa pada pasangan matawang USDCAD di lihat masih lagi mengekalkan trend Bearish yang telah di tunjukkan semenjak hari jumaat yang lalu. Harga semasa sebelum ini telah dua kali menguji zon sokongan kukuh harian yang berada di paras 1.27532 namun masih lagi gagal untuk menembusinya. Berdasarkan analisa teknikal hari ini, kami melihat bahawa tekanan Bearish masih lagi releven dan di sokong oleh EMA yang membentuk rintangan kukuh terdekat. Candle semasa sekarang ini membuat penurunan kembali selepas gagal tembusi EMA50. Oleh itu, jika harga semasa berjaya menembusi paras sokongan ini, maka lanjutan penurunan akan terus berlaku dan kami akan cuba mensasarkan harga terendah 26 Januari iaitu di paras 1.26858.
SIGNAL
SELL STOP 1.27532
TP: 1.26858
SL: 1.27912