USDCAD: Melanggar trendline mingguan - 30-12-2019
Berdasarkan pemerhatian pada awal hari ini, harga semasa menunjukkan penurunan ketara apabila membuka candle harian pada hari ini di bawah trendline mingguan yang telah di tandakan seperti di dalam carta. Ini menunjukkan bahawa pasangan matawang USDCAD untuk minggu ini memberikan tanda-tanda pengukuhan dan masih lagi meneruskan trend yang di buat semenjak awal November lalu iaitu Bearish. Untuk hari ini saya melihat tekanan yang di berikan oleh trendline dan indikator ema boleh mengesahkan penurunan yang dijangkakan. Oleh itu, saya akan mensasarkan Bearish bermula pada hari ini dan akan cuba mensasarkan paras sokongan kukuh iaitu di paras 1.30224. Paras sokongan ini adalah paras sokongan terendah pada sekitar bulan Julai yang lalu. Melanggar paras sokongan ini pula mampu membawa harga semasa terus ke arah sokongan kukuh di paras 1.29311.
Signal untuk hari ini
Sell USDCAD 1.30683
Sl: 1.30906
Tp: 1.30224